Tanda penghormatan salam diucapkan,
Panggilan mesra biar berkekalan,
Bersedia membantu ketika diperlukan,
Bersopan santun dalam pergaulan.
Gunakan dengan baik segala peralatan,
Jimatkan penggunaan elakkan pembaziran,
Penjagaan sempurna biarlah berterusan,
Berlaku kerosakan buatlah laporan.
Ingatlah kawan segala pesanan,
Jaga kebersihan dilupa jangan,
Cuci tandas selepas digunakan,
Pungutlah sampah sirami tanaman.
No comments:
Post a Comment