Friday 14 October 2011

Akibat Tidak Beradab di Sekolah

  • murid tidak berdisiplin
  • didenda dan dimarahi
  • dibenci dan dicemuh rakan
  • tersisih daripada rakan
  • lemah dalam pelajaran

Faedah Beradab di Sekolah

  • murid berdisiplin
  • maju dalam pelajaran
  • menjadi murid contoh
  • disegani dan dihormati
  • disayangi guru dan rakan
  • dikenali dan disenangi ramai

Peraturan Sekolah

  • memakai pakaian seragam sekolah
  • datang dan balik mengikut waktu yang ditentukan
  • mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
  • menjaga disiplin diri dan nama baik sekolah
  • wajib menyertai aktiviti sekolah

Friday 7 October 2011

Adab Semasa di Sekolah

Tanda penghormatan salam diucapkan,
Panggilan mesra biar berkekalan,
Bersedia membantu ketika diperlukan,
Bersopan santun dalam pergaulan.

Gunakan dengan baik segala peralatan,
Jimatkan penggunaan elakkan pembaziran,
Penjagaan sempurna biarlah berterusan,
Berlaku kerosakan buatlah laporan.

Ingatlah kawan segala pesanan,
Jaga kebersihan dilupa jangan,
Cuci tandas selepas digunakan,
Pungutlah sampah sirami tanaman.