Thursday 1 December 2011

Kesan-kesan solat

  • Menjadikan seseorang itu berdisiplin
  • Bertanggungjawab dan ikhlas
  • Insaf dan bersyukur kepada Allah
  • Peka kepada kepentingan masa
  • Menyihatkan tubuh badan
  • Mendorong seseorang menceburi bidang fardhu kifayah sperti industri pakaian dan sektor pembinaan
  • Dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran. Firman Allah Taala, maksudnya "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar". ( Surah al-Ankabut, ayat 45 )

Hikmah-hikmah solat

  • Menguatkan iman
  • Mengabdikan diri kepada Allah
  • Menunaikan tanggungjawab kepada Allah
  • Melahirkan insan yang bertaqwa

Syarat-syarat sah solat

  1. Suci daripada najis pada tubuh badan , pakaian dan tempat solat
  2. Menutup aurat
  3. Mangadap kiblat
  4. Yakin masuk waktu
  5. Suci daripada hadas

Syarat-syarat wajib solat

  1. Islam - Tidak wajib bagi orang kafir
  2. Baligh - Tidak wajib bagi orang yang belum cukup umur
  3. Berakal - Tidak wajib bagi orang yang gila
  4. Suci - Suci daripada haid dan nifas

Faedah orang yang mengambil berat tentang pahala dan dosa

  1. Menjadi hamba yang soleh
  2. Dikasihi dan diredhai Allah
  3. Dihormati dan dimuliakan masyarakat
  4. Mendapat kebahagiaan di dunia
  5. Mendapat nikmat syurga di akhirat
  6. Membina jati diri dan akhlak mulia

Cara-cara mengelak dosa

  1. Memohon perlindungan Allah daripada godaan syaitan
  2. Mematuhi nasihat ibu bapa dan guru
  3. Memilih kawan yang berakhlak mulia
  4. Berusaha menjauhi perbuatan yang keji

Cara-cara mendapat pahala

  1. Menepati hukum syarak
  2. Disertai niat yang ikhlas
  3. Melakukan perkara kebaikan
  4. Meninggalkan perkara yang dilarang

Tuesday 22 November 2011

Pahala dan Dosa

Apa itu pahala?
Pahala ialah balasan baik yang dikurniakan Allah kepada hambanya kerana mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

Apa itu dosa?
Dosa ialah balasan buruk di akhirat ke atas hamba yang meninggalkan perintah Allah dan melakukan larangannya.

Friday 14 October 2011

Akibat Tidak Beradab di Sekolah

  • murid tidak berdisiplin
  • didenda dan dimarahi
  • dibenci dan dicemuh rakan
  • tersisih daripada rakan
  • lemah dalam pelajaran

Faedah Beradab di Sekolah

  • murid berdisiplin
  • maju dalam pelajaran
  • menjadi murid contoh
  • disegani dan dihormati
  • disayangi guru dan rakan
  • dikenali dan disenangi ramai

Peraturan Sekolah

  • memakai pakaian seragam sekolah
  • datang dan balik mengikut waktu yang ditentukan
  • mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
  • menjaga disiplin diri dan nama baik sekolah
  • wajib menyertai aktiviti sekolah

Friday 7 October 2011

Adab Semasa di Sekolah

Tanda penghormatan salam diucapkan,
Panggilan mesra biar berkekalan,
Bersedia membantu ketika diperlukan,
Bersopan santun dalam pergaulan.

Gunakan dengan baik segala peralatan,
Jimatkan penggunaan elakkan pembaziran,
Penjagaan sempurna biarlah berterusan,
Berlaku kerosakan buatlah laporan.

Ingatlah kawan segala pesanan,
Jaga kebersihan dilupa jangan,
Cuci tandas selepas digunakan,
Pungutlah sampah sirami tanaman.